SELAMAT DATANG DI SITUS KAMI SEMOGA BERKESAN DAN BERMANFAAT.TERIMA KASIH

Selasa, 16 Juni 2009

bencana berkaitan taufan

Taufan merupakan salah satu bencana alam yang amat dahsyat dan membinasakan. Laluannya yang jauh dan hayatnya yang panjang menjadikan kehadirannya amat mengerikan.

Beberapa bahaya berkaitan taufan ialah :

Luruan Ribut - Luruan ribut ialah suatu kubah air yang besar, lebarnya antara 50 hingga 100 batu yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu daratan. Taufan yang kuat dan perairan yang cetek akan menghasilkan luruan yang lebih tinggi. Luruan ribut mengancam nyawa dan harta benda terutamanya di kawasan sepanjang pantai.

Hujan Lebat - Hujan mencurah-curah dan menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan.

Angin Kencang - Daya angin taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yang tidak kukuh. Serpihan runtuhan akan berterbangan dalam taufan. Langkisau kuat boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkan gangguan besar.

nasihat dan amaran cuaca

Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia sentiasa berwaspada terhadap cuaca di sepanjang tahun. Semasa musim taufan, langkah memonitor ditingkatkan di mana lokasi dan keadaan semua taufan di barat Pasifik Utara diteliti jejaknya. Maklumat ini juga menjadi pelengkap kepada maklumat cuaca penerbangan yang diberikan kepada sektor penerbangan dan perkapalan.

Berikut ialah beberapa kategori berbeza tentang kenyataan, pandangan, nasihat dan amaran cuaca yang di keluarkan kepada media-massa :

Nasihat Hujan Lebat - dikeluarkan apabila ada kemungkinan hujan lebat akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.

Amaran Hujan Lebat - dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan hujan lebat akan berlaku

Nasihat Angin Kencang dan Laut Bergelora - dikeluarkan apabila ada kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di perairan Malaysia akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora - dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku.

perkara penting yang perlu diberi perhatian


Dengar siaran radio dan televisyen yang rutin menyiarkan buletin cuaca dan pengumuman lain.

Ambil langkah-langkah sesuai dalam menghindari sebarang kemusnahan dan kehilangan jiwa akibat banjir jika mendapati ribut tropika akan melanda.

Berwaspada dengan kejadian gelinciran tanah sekiranya memandu dalam hujan yang mencurah-curah di kawasan tanah tinggi.

Jika ribut tropika dijangka melanda kawasan anda, selamatkan semua harta benda yang boleh diterbangkan angin kencang.

Hindari keluar ke laut apabila ribut tropika atau taufan menghampiri kawasan anda.

Bersedia untuk berpindah jika anda tinggal di kawasan pantai atau berhampiran sungai.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar